2 minggu lepas, kami berlima (iyna, mira, sara, suzy dan pika) telah pergi ke Cameron Highlands.(ayat skema! dush).haha..Actually kami da lama plan nk gi holiday sesame nk berjimba sesame. tapi memasing busy la kununnya, so asek x jadik je. Pastu yang kali ni kami kene jadik kan sebab kalau asek postpone je mesti takkan pergi punya! Sepatutnya kami gi hari sabtu, 6/10 tu, tapi aku lak terlibat dengan Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains & Matematik, kene present paper lak.So, nak taknak memang kene join gak lak..Ikutkan hati nak larikk je..hahahaha...Alhamdulillah, presentation ok, byk gak soalan, tapi think positive la kan..So, untuk FRGS and tesis nnt leh perbaiki n buat yang terbaik...ececeh..
Ok2..berbalik dengan cerita holiday kami..kitorg collect RM150 per person (kene sewa kete org-sebab kete kami2 kecik, so kalau 5 org memang x muat n xselesa, sewa apartment, minyak, tol n etc). Itu bersesuai la dengan kami yang tgh belajar lg ni..Sara n pika je yg da keje..Kami gerak lebih kurang kul 10 lebih. Mira driver n aku co-pilot, kununnya. Tapi yang pasti aku memang xbawak kete sebab seriau sikit kalau bawak kete org, kete2 family xpe! Tau x apa yang mak pesan kat aku?
Mak : ''Pergi tu jangan duk ghairah sangat!''
aku : ''Ghairah?''
Mak : ''Yelaa, jangan duk suka sangat''
aku : ''Ooo..ok2 (sengih2)''
Sepanjang perjalanan memang asek gelak2 la, korek2 kisah lama pastu bahan2 org..itu memang best. Tak sah kalau x kena kan org! Haa..disebabkan kami gi pempuan2 je, kami decide ikut jalan Simpang Pulai, so kadar kebengkokan jalannya adalah minima berbanding Tapah tu..hee..Kami sampai Berinchang lebih kurang 12lebih, so decide gi mkn2 dulu sebab kalau perut penuh kan senang hati..After makan kami g MARDI Cameron Highlands lak. Tempat ni suzy yang suggest, dia ckp 'mcm2 jenis ada'..kami tanya mcm2 jenis tu apa? sekali lagi dia ckp 'ada mcm2 jenis'..Deyy...Haa...tiket masuk sana RM3 je, murah kan..So dalam tu kami round2 la,..best gak. Tempat yang kami tuju adalah tempat cantik bergambor! Haa..harus ler tangkap gambar sebab sara bawak dslr,,
Haa..ni tmpt wajib tangkap gambar..kene Q tau..
Lepas tu kami jejalan lagi menuju ke tmpt strawberi. Suzy belanje strawberi coklat! Sedapp..kalau free mesti sentiasa sedap!haha..Best juga la jejalan sini banyak juga tanaman yang kita nmpk mcmne pokoknya. Selama ni kita tahu buah2 dia kan, kat sini baru la tahu, nampak mcmne pokok dia. Xde la bengong sangat kalau orang tanya ni pokok apa kan? Ok. Lepas abes round2 kat situ, kami gi turun Tanah Rata lak, hujan renyai2 da masa tu..Lepas tu naek balik Berinchang sebab kami menginap sebelah Equatorial iaitu Natasya Resort..ni resort bekas mak mertua Jimmy Shenly tu kan? Haa..best juga duk situ..Apartment satu bilik, 2 bilik air, ada dapur n living hall..muat2 je la kami ber5..View dr bilik kami pun cantikkk...Tapi malangnya kami x snap pun masa mula2 masuk..masuk2 terus terpa katil..loading brg2, harus la selerak kan..Haa..malu je..
Strawberi coklat...sedapp..
Natasya Resort yg kami duduk..entah bila sara snap pun x tahu.. :)
Masa kami checked in tu memang da hujan. So kami lepak je dlm apartment tu. After solat asar baru kuar gi Kea Farm. Survey2 survenior la, strawberi la, jagung la, ubi keledek la...Sambil2 jln tu mkn cendawan goreng, brokoli goreng, kim chan goreng....Waaa..syokk 0ooo..masa sejuk2 makan2...Apa yg kami berjaya rembat petang tu? Jagung...! semua beli jagung..ahaha..Mlm lak kami gi makan tomyam kat pekan Berinchang, xtahu yg mana satu yg best, so kami terjah je la kedai yang mana ada. Nasib baik sedap n murah! hehehe.Mlm tu kami xde xtvt sangat, duk kat sana tgk tv, sembang2...pastu tido! Sejuk oooo..nasib baik memasing ada beli stoking kaki n tangan so dpt ler kurangkan kesejukan itu.. Esok paginya, kununnya nk gi tgk sunrise,,tapi sara je gi..tu la sape suh tido lepas subuh.!
Pagi tu kami checked out cepat.Sebab x sarapan lagi.Tapi before kuar tu bende wajib adelah berposing dekat veranda..hehe...Kenangan ooo..Lepas ni xtahu lagi bila and leh lagi ke berjimba2 same geng.. Pastu kami gi shopping moping strawberi, kaktus (i likeee) n sayur mayur kat Kea Farm tu. Berapa kali kami tawaf lorong tu, kununnya nk cari strawberi yg BEsar, MErah n MURAH..hehe..Lepas beli2 tu kami singgah balik kedai akak yang kami beli jagung smlm tu. Guess what?? Strawberi dia lagi MURAh, MERah n BESar.. Adehh..tapi xpe! Beli lagii..Tamakk punya pasal...
tadaa...
Destinasi kami kali ni mcm xbyk sgt sebab x plan betul2 kan....rugi sket la.. Cadang nak gi Ladang BOH, tapi xtahu jalan lak atau pun sebenarnya kami da terlepas...pastu kami singgah je Cameron Valley-Bharat Tea tu..Jadi la...amek gmbr dengan pokok teh kan..gi ngan geng feeling dia lain skit compared dengan family. But for sure, family is the best!..hehe..Masa kami naek bukit pokok teh tu kami jumpa retiss.. Saufi Jikan? Korang kenal x? Dia berlakon KL Gengster tu. mula2 xperasan, tapi sebab mira terlebih excited terus aku dpt tangkap siapa dia..tp mula2 blur gak.lol~Sempat gak la kami amek gmbr ngan dia.hehe..isteri dia cantikk..
Model mcm retiss...(muntah hijau..wekk)
Cantik kn?
Haa...kami dengan Saufi Jikan...'kasi sengat'
Lepas tu kami gerak pulang. Singgah Coklat Avant kejap, lepak2 sana mkn strawberi coklat...Lepas tu kami singgah Tapah lak bagi strwaberi kat Ain yang beriya plan nak gi. At last dia xdpt join...Hmm.xpe. next trip semua kene join before kawen. hahaha
Sekian, itu saja...waa,...banyak pula dibebelnya...caucincau...~